Kempen Pembudayaan Frog VLE Sepanjang Cuti Persekolahan




Sempena cuti akhir tahun persekolahan, pihak sekolah menyeru agar murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Salah satu medium pembelajaran yang dapat dilakukan tanpa mengira tempat adalah pembelajaran secara maya ( VLE ). Antara aktiviti yang dapat dimanfaatkan oleh murid adalah seperti berikut;

Zoom-A 
Zoom 'A' ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan Internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Zoom-A ialah sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini.

Frog Play
FrogPlay adalah satu aplikasi yang menawarkan kandungan percuma dan fungsi-fungsi tambahan untuk anda menjawab kuiz-kuiz yang telah dipertingkatkan:
Pemilihan Kuiz
Anda boleh memilih kuiz yang anda ingin jawab dari bank kuiz.
Permainan
Anda boleh bermain permainan menarik di antara setiap soalan sebagai kaedah pembelajaran yang menyeronokkan.
Analisis Lanjutan
Pengukuran prestasi yang telah ditambah baik, termasuk rakaman jawapan anda mengikut tahap soalan dan perbandingan prestasi pelajar dari semasa ke semasa.

Hour Of Code
Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.


Oleh yang demikian, kami berharap agar murid dapat menggunakan medium ini menerusi log masuk VLE masing-masing.


Log Masuk Frog VLE : Klik Disini


Meehhhh... Pakat Maghi Ke Makmal Komputer

Untuk itu, pihak sekolah telah menyediakan kemudahan Makmal Komputer untuk kegunaan murid sepanjang cuti persekolahan ini.


Hari Operasi : Ahad - Khamis
Masa Operasi : 5 sesi

Sesi 1 : 10.00am - 11.00am
Sesi 2 : 11.00am - 12.00pm
Sesi 3 : 12.00pm - 1.00pm
Sesi 4 : 2.00pm - 3.00pm
Sesi 5 : 3.00pm - 4.00pm

* pihak sekolah berhak menentukan hari & masa operasi mengikut keadaan semasa.


~  Peraturan Penggunaan Makmal Komputer  ~

  1. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman.
  2. Diwajibkan memakai baju T-shirt SK Sura.
  3. Tidak dibenarkan membuat bising.
  4. Untuk kegunaan Frog Vle Sahaja.
  5. Mesti mendaftar dan merekod penggunaan pada borang yang telah disediakan.
  6. Setiap komputer hanya untuk kegunaan seorang pengguna sahaja bagi setiap sesi.






Previous
Next Post »