Lagu Sekolah

Sk Sura sekolah tercinta,
Usaha tangga jaya,
Jadi panduan wawasan kami,
Moga Tuhan berkati,

Hormati ibu dan bapa,
Serta guru semua,
Berganding bahu,
Hidup bersatu,
Tekun menimba ilmu,

Indah bersih dijaga,
Sopan santun sentiasa,
Bergerak menepati waktu,
Riang gembira selalu,

Inilah azam kami semua,
Mencapai visi mulia,
Ingin menjadi murid cemerlang,
Sekolahku gemilang.

Lagu oleh: Cikgu Khamaizal b. Zainal Abidin
Lirik oleh: Cikgu Norasmah bt. Mohd Nor