Sejarah Sekolah

Tahun 1951: 
Tn. Hj. Ahmad b. Mahmud, Penolong Ketua Kampong Baru Sura Dungun telah mendapat kebenaran Tn. Hj. Dol b. Abdullah (Pegawai Daerah Dungun ketika itu) untuk mendirikan sebuah sekolah di atas Lot 309 milik Kerajaan Persekutuan di Kampung Baru Sura. Keluasan tanah yang diperuntukkan ialah 8.92 ekar. Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Projek ini telah dibentuk dan diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad sendiri. Beliau dibantu oleh En. Wan Abdullah b. Ngah (tukang), En. Abdullah b. A. Kadir (bahagian bumbung), En. Mat Zain b. Ismail (peralatan) serta penduduk Kampong Baru Sura.

Ogos 1951:
Hasil gotong-royong dan kerjasama penduduk Kampung Baru Sura, sebuah bangunan (bangsal) kayu hutan yang beratapkan daun kelapa, berlantaikan pasir dan berdinding separuh papan telah berjaya didirikan. Perabot yang ada ketika itu hanyalah 24 buah bangku mati. Tiada kemudahan tandas, telaga mahupun kantin.

Tahun 1952:
Nama Sekolah Rakyat Kampong Baru Sura, Dungun telah ditukar kepada Sekolah Umum Kampong Sura, Dungun.

3 Oktober 1965:
Pembukaan rasmi Bangunan P.W.D. 227 dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Ibrahim bin Fikri

Tahun 1970: 
Bangunan kantin P.W.D. 408 yang berukuran 40 X 20 kaki telah dibina.

Tahun 1973:
Bangunan konkrit dua tingkat P.W.D. 450 yang berukuran 100 X 25 kaki dengan 4 bilik darjah telah dibina.

April 1981:
5 buah tandas baru telah dibina.

1994:
Bangunan konkrit 3 tingkat J.K.R. 958 yang mengandungi 7 bilik darjah, satu Makmal Sains, satu Bengkel Kemahiran Hidup, satu Perpustakaan Buku dan Sumber serta satu Bilik Tayangan telah siap dibina.

2001:
Bangunan baharu 2 blok tiga tingkat mula dibina bagi menampung kepesatan pelajar. Terdapat juga pembinaan pagar baru,naik taraf bilik komputer,laluan gajah menyusur serta garaj kereta guru, tempat letak basikal dan kantin baharu.

2002:
Pembinaan kediaman guru-guru daerah Dungun dibina di kawasan SK Sura.

Disember 2003:
Sebuah makmal komputer 2 tingkat mula dibina.

2011: 
Pembinaan Bilik Guru baru dijalankan.

2012:
Majlis doa selamat dan pecah tanah pembinaan Surau SKS diadakan pada 27 Julai 2012.

2013:
Bilik Guru baru siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Sura, Encik Alias bin Dollah.

2014:
Surau sekolah siap dibina.